Kérastase Asli
Menentukan Semula Penjagaan Rambut Istimewa
Kisah penjagaan rambut yang luar biasa bermula dengan alam semula jadi. Kami percaya bahawa kemewahan muktamad bermakna anda tidak perlu berkompromi.
Kelapa
Kepulauan Samoa dipayungi pohon palma yang tinggi, di mana anda akan menemui kelapa, buah yang kami gunakan untuk menghidrat dan melindungi rambut, menjadikannya lembut secara semulajadi. Mata pencarian utama Orang Samoa juga bersumberkan buah ini.
Minyak Argan
Di pinggir padang pasir di Maghribi, kami mengekstrak minyak argan yang bertindak untuk memberikan kelembutan dan cahaya alami pada rambut. Untuk mengekstrak bahan ini, kami bekerjasama dengan koperasi untuk menyokong komuniti yang bekerjasama dengan kami.
Iris
Tinggi di atas Pergunungan Atlas di Maghribi, anda akan menemui iris, tumbuhan yang kami gunakan untuk merapikan rambut yang sensitif dan kering. Dengan gabungan bahan aktif yang lain, akar iris memelihara rambut yang kering dan sensitif.
Kisah penjagaan rambut yang luar biasa bermula dengan alam semula jadi. Dan dengan mereka yang bekerja dengan alam semula jadi untuk menghasilkan bahan mentah kami.
”Bungkusan kami mengandungi produk kami. Dan kami mahukan bungkusan yang berinovatif, seperti kandungan di dalamnya.
”Janji Temu di Salon
Lebih dari sekadar tempat untuk mewarnai akar rambut atau memotong rambut, tetapkan janji temu di salon Kérastase terdekat untuk diagnosa rambut peribadi percuma atau bercakap dengan pendandan rambut anda mengenai rawatan istimewa dan eksklusif Fusio-Dose. Anda boleh kunjungi salon pada bila-bila masa untuk melihat dan membeli rangkaian produk Kérastase tanpa perlu membuat janji temu.